Assalamualaikum , Salam sejahtera . Untuk maklumat anda ini kali pertama saya posting.
Ok, tutorial yg pertama saya akan menunjukkan bagaimana hendak split fail dengan menggunakan winrar. Erm, winrar itu adalah satu perisian(software), yang sememangnya popularlah kepada pengguna komputer.
Untuk apa hendak splitkan fail? Ianya adalah untuk memperkecilkan saiz fail untuk dimuat naik(upload) ke dalam internet. Senangkan nak faham? Contohnya macam anda yang kaki download movie, game, dan sebagainya yang fail bersaiz besar. Sudah tentunya mereka (uploader) memberikan anda banyak part untuk dimuat turun. Kerana ruang yang disediakan untuk upload adalah terhad. Jadinya mereka splitkan fail-fail yang besar itu menjadi kecil dan jadilah berpart-part banyaknya.
Okay, mari lihat bagaimana untuk splitkan fail yang saya ceritakan di atas tadi. \(^^,)/
1. Langkah pertama anda haruslah perlu ada perisian winrar dan fail/perisian/game atau benda yang hendak displitkan. Seperti saya sebagai contoh, saya ingin splitkan perisian Free Studio seperti gambar di bawah ini.
2. Langkah kedua adalah klik kanan pada perisian tersebut dan pilih "Add to archive...".
3. Langkah ketiga pula akan keluarnya satu kotak seperti gambar di bawah. Pada anak panah yang pertama itu adalah menunjukkan pada "Browse...". Di situ adalah untuk lokasi fail yang sudah displitkan nanti. Pada anak panah yang kedua, "Split to volumes, bytes" adalah untuk saiz fail yang anda ingin split. Seperti saya, saya meletakkan 20MB untuk satu part. Kerana perisian Free Studio itu adalah bersaiz 64MB.
*untuk meletakkan saiz split, ianya memang seperti paparan di bawah ini. Ianya 20MB tetapi hanya perlu meletakkan 20m sahaja. Tidak perlu huruf "B". Itu sebagai syaratnya, hukhuk! Kalau tidak, memang tak menjadi. Setelah itu tekan "OK". Yang lain-lain tidak perlu ubah.
4. Setelah anda tekan "OK", akan keluar satu kotak ini pula yang menunjukkan bahawa ianya sedang diproses untuk split files. Hanya perlu menunggu. Sekiranya fail yang anda ingin splitkan itu bersaiz besar, lamalah prosesnya.
5. Okay, sudah siap proses, akan munculnya fail-fail yang sudah displitkan tadi seperti gambar rajah di bawah ini.
Ok, mudahkan? Huhu, semuanya memang mudah sekiranya kita belajar. Kalau tak belajar, macam mana kita nak tahu. Ok, anda tak ada perisian winrar? Hmm, sebenarnya anda boleh cari sendiri di internet dan paling mudah cari di google.com. Tapi kebanyakannya adalah trial, kerana perisian winrar ini berbayar. Tapi jangan risau , anda berada di tempat yang betol untuk medapatkan software. Pixvi bukan hanya akan kongsikan tutorial malah akan kongsikan movie , software, tutorial dan sebagainya.
Ok untuk download winrar di sini
crack di sini
credit to sssl.rc.my for software
So ini sahaja untuk tutorial kali ini.
Post a Comment